KEUSAHAWANAN EMPOWERHER WEBINAR 37 “ PEMASARAN”

13 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2026, telah diadakan sesi webinar keusahawan Empowerher bertajuk “Pemasaran” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi ini bermula dai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sesi pembelajaran dijalankan secara atas talian.

Topik ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pemasaran yang berkesan dalam membangunkan dan mengembangkan perniagaan. Peserta diperkenalkan kepada strategi mengenal pasti sasaran pelanggan, membina jenama serta menghasilkan promosi yang menarik dan sesuai dengan keperluan pasaran.Selain itu, webinar turut menekankan penggunaan platform digital dan media sosial sebagai medium pemasaran yang lebih meluas dan berkesan. Peserta dapat mempelajari cara menghasilkan kandungan promosi, menarik perhatian pelanggan serta meningkatkan keterlihatan dan potensi jualan perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali